Hello Poetry is a poetry community that raises money by advertising to passing readers like yourself.

If you're into poetry and meeting other poets, join us to remove ads and share your poetry. It's totally free.
Hadiy Syakir Sep 13
terus
tenggelam
dalam
kisah silam
kekal
bertentangan
dengan
kisah hadapan
sudah
menjadi resam
penuh
dengan harapan
pencarian berterusan
mencari perlindungan

apakah erti
pendewasaan
apakah erti
kemerdekaan

satu batang tubuh
katanya penentu
jaya atau buntu
kekal tunduk patuh
menjarah sesuatu
diam membatu.
Hadiy Syakir Sep 13
bahawasanya
semua binasa
angkara
nafsu
tinggal sisa-sisa
hayat angkasa
dan masa
semakin jauh
meninggalkan
manusia
dengan angka
dengan strata
hikayat termaktub
bermaharajalela.
Hadiy Syakir Sep 10
Kenapa harus kita
berlari dari
kenyataan
Kenyataan itu
melegakan
Kenyataan itu
mendewasakan
Kenyataan itu
memaknakan

Ayuh ke sini
kenyataan,
kuhidangkanmu
persoalan.
Hadiy Syakir Sep 10
setiap kota
takkan kekal abadi
yang ada
hanyalah penghuni
kekal
selamanya ditemani
isi-isi
yang tak berisi
tiada puisi,
tiada seni
tanpa arah
tanpa erti
yang ada hanyalah
imbalan
dan keuntungan
yang berpuing
di udara kota
yang berlegar
di pengairan kota
segalanya
terasa muram
apa bezanya
hidup di dalam
lohong hitam?
Hadiy Syakir Sep 10
Pengenalan itu satu
pengajaran
pemastautin dalam satu
perubahan
tanpa pengenalan
segalanya tak berpermulaan.
Hadiy Syakir Jun 27
[Untukmu di Langkawi, 26 Jun 2018]

Beratus-ratus retakan kaca
tidakkan pernah imbang neraca
betapa berat hatiku menunggu
detik-detik tak berpenghujung
beribu-ribu detakan hati
takkan pernah akan ku lari

biar Bukowski dengan kebuntuan
biar Rimbaud dengan ketidaktentuan
akan hanya ada dirimu dalam
laci yang penuh dengan kepastian.

Berbatu-batu kau ke utara
begitulah rasa ini terawang-awang di udara.
Hadiy Syakir Jun 26
Apa yang ku mahu

Hanya ku yang tahu



Biar ada datang membelenggu

Akan datang angin menyatu



Lari,lari pergi saja diriku

Jauh ke puncak aku tetap berlalu



Aku jiwa lama termangu

Bosan, letih jadi diriku



Kerna ada saja yang rasa tahu

Lebih dari rohku.


16 April 2012
Hadiy Syakir Jun 21
Kehidupan
tak menjanjikan
harapan;

Kematian
tak menjanjikan
penyelesaian.
Fatin Oct 2017
berdiri aku di tengah sibuk pasar
kelihatan ragam manusia
-bermacam

ada yang berpaut
berpegangan tangan
aku tahu rasanya
indah dan sentiasa selamat

di kedai kecil sana ada anak menangis
meminta untuk dibelikan
--umpama masalah dunia, paling besar
tersenyum aku
hai anak, andai kau tahu apa itu resah remaja
dan getir si tua

pandangan aku terkunci pada yang keliru
ditangan nya penuh dengan pilihan
dan aku kenal rasa itu
dimana cuma mahu yang sempurna
sekali lagi aku tersenyum
--mana mungkin ada yang cukup

keluh aku pada dunia
pentas paling besar
dan ramainya pemain pentas ini
ada yang yakin dengan watak nya
yang biasa sahaja juga ada

aku?
aku cuma memerhati
dan syukur
kerana masih punya nikmat untuk rasa riuh pasar

-f 611am 3rd oct
Fatin Oct 2017
melihat matamu
kerap kau basahi bibir
pipi kamu kemerahan
tatkala aku sahut namamu

redup hari itu
tenang kamu kelihatan
indah,
indah seperti hari biasa
cuma hari ini aku rasa lain

hati aku berbisik
tangan lembut ini yang menyamankan
yang sentiasa ada tatkala aku gusar
gelisah aku tentang kamu cuma satu
--andai aku tidak layak untuk kamu

tanpa segan
perlahan kau dekati aku
sambil itu kau belai tangan aku,
seperti meletak harapan
"--aku tahu, fikiran kamu dalam tentang aku.
namun sayang ingatan kamu tentang aku adalah salah.
apalah rasa ini, andai tiada yang ikhlas untuk memegangnya?
telah aku pilih kamu untuk jadi ratu
maka, jangan kau gentar
pimpin aku akan selalu tanganmu"

dia itu adalah bijaksana
sentiasa tahu
dan selalu tahu resah aku yang tiada habis

lalu Tuhan
pinta aku mahu dia sentiasa selamat



-f 1048pm oct 2nd
Next page