Submit your work, meet writers and drop the ads. Become a member
Erenn Apr 23
Luluh sudah tembok angkuh
Ranap di bawah doa yang tak pernah rapuh
Tangisan suci membelah langit
Menggugurkan doa dari bibir yang perit

Di tanah luka, darah berseru
Syahid tersenyum di pintu restu
Tangan kecil menggenggam batu
Berdiri teguh meski waktu membeku

Namun ingatlah, wahai dunia
Kezaliman takkan kekal selamanya
Hari akan tiba tembok bertaut
Bukan dengan rantai
Bukan dengan takut

Tapi dengan keadilan yang bangkit semula
Dengan azan yang nyaring di udara
Palestin takkan lagi tertindas
Kerana janji Tuhan itu jelas


Erennwrites
My 2nd poetry in Malay
Jack Mar 2024
Angin berbisik berita,
Cerita satu baris kata,
Disini berakhir segalanya,
Senyum mu,
Gelak tawa mu,
Sedih dan Amarah
Menghempas bumi,
Kini tinggal di masa lalu,
Luka yang telah mati,
Tidak kembali berdarah,
Coretan di hati ini,
Kekal sebagai parut sesal,
Kesilapan aku mencipta memori,
Pada khayalan yang tidak pasti.
Wahai dunia yang mengkhianati,
Seandai aku tidak berdaya lagi,
Izinkan teladan ini menjadi nukilan,
Pada jalan yg tidak dijulang.
Jack Jul 2023
Tujuh lapis langit,
Tiga lapis bumi,
Petualang mengembara,
Jauh dari tanah,
Menjelajah samudera,
Rindu pada darat,
Ku lepaskan pada laguna,
Hujan di libas badai,
Sanubari hati ini
Impikan haruman cindai,
Oh Juwita,
Tiap detik pasti rindu,
Lafas tiada noktah ataupun koma,
Hanya ombak dan bayu berlagu,
Awan berarak syahdu,
Bintang malam menjadi arah,
Ku harap,
Aku tidak sesat ke jalan yang salah.
Jia Ming Feb 2023
Awal malam lewat sarapan
    Lewat pagi mengawal diri
Kata bujang tiada harapan
    Namun cinta cuma mencuri

Kayak ikan, sambal ditumis
    Tebang kaktus tetap berduri
Sakit hati, pria berkumis
    Minah KL mana peduli
Jia Ming Feb 2023
ايسوق لوسا، لاکو يڠ سام،
کلمارين جوݢ برمالس-مالس.
باݢايمان اکن برسام،
کالاو کامو تيدق ممبالس...
Jack Jun 2022
Terbangun aku di kamar mimpi,
dulunya kau ada di sisi,
kini sepi,

mata dan minda tempat ku jelajah,
menerokai diri mu tanpa lelah,

kembara kita tiada henti,
kerna, tiap kali kita bersua,
kucupan dan senyuman manis menghiasi pipi,

ku susun aksara ini,
untuk mereka tahu,
bertapa indahnya kau di mata ku

cereka tiada noktah atau koma,
kerna di sini,
kau kekal selamanya.

Bila kau tiada,
Jumantara ku gelita
Malam ku sunyi tanpa suara,
renjana pada roh ku kian lemah.

ku berharap kita bersua lagi,
dengan renjana sama dengan ku,
kau bagaikan sahmura,
menghiasi kamar mimpi,
dengan ukiran kirana di bibir,

kerna

Gian aku kepada sanubari mu,
tiada henti
Jack Jun 2022
Jauh aku datang,
Singgahan sementara,
Ribut pasir di padang gersang,
Menari di sanubari hati,

Cahaya matahari menemani sunyi,
Bulan menghiasi langit yang gelap,
Harapan seperti menanti hujan,
Keras hatiku timbul rekahan,
Badan aku membara keseorangan,

Jarum detik sudah behenti,
Tetapi aku masih berjalan lagi,
Peluh bersilang ganti,
Nafas ku semakin pendek,
Persoalan berhimpun di minda,
Sampai bila, sampai bila.
Namun, getaran tenaga menjadi kudrat terakhir.
Hingga badan aku rebah dan tenaga aku gersang..
afteryourimbaud Dec 2018
thousands
think
after seeing
words,
millions
think
after seeing
images,
but
how many
out there
that think
after seeing
an abstract
collection,
of wild patterns
of unidentifiable
intentions?
M Aiman A Jun 2018
Cinta aku walau mati
Masih hidup
Dalam tulisan ku
Dalam setiap bibit kata cinta
Melalui dakwat air mata
Dan setiap barisan lara

Cinta aku walau sudah lama pergi
Masih bernafas
Dalam bait bait permata
Sulaman nafas cinta pertama
Di atas sehelai selendang
Yang dulu mengikat erat akal dan nyawa

Cinta aku tetap hidup dan bernafas
Di atas empat penjuru putih
batasan terakhir nyawa cinta ini
Yang jasad sudah lama hilang
Ditelan masa manusia
This is in malay. Feel free to let me know if you want the translated version
Next page