Submit your work, meet writers and drop the ads. Become a member
sayang,
sungguh aku tidak lagi merindukan kamu,
juga aku rasa, cinta aku tiada lagi untuk kamu.
hanya yang tinggal kekecewaan aku kepada kamu.
aku menangis kecil hati.
Jika yang baru itu mendukakan,
lebih baik aku teruskan menangisi pemergian kamu sahaja.

Tiada beza mereka dengan kamu jika kedua-duanya menyebabkan langit mendung selalu.
aku tak mahu dengar kau rindu
aku benci sekali dengar kau menderita
kerna cukup kita berdua tahu
perpisahan itu kamu yang minta.
Aku tinggalkan cinta agung aku di Pulau lagenda Mahsuri

Aku juga berpisah dengan buah hati kedua di Sungai Layar

kini, kedua-dua Langkawi dan Sungai Petani akan selamanya mengecewakan aku.
terlalu malu untuk pulang,
terlalu kecewa untuk kekal
Jagalah diri
jaga jua kesihatan
jika masanya sudah tiba nanti
janganlah jemput aku ke undangan perkahwinan.

Wangianmu masih melekat pada baju
wajahmu masih tertampal dalam dompetku
sengaja aku minta semua itu dari kamu
kerna aku tahu, kau tak mahu kembali lagi padaku.

Berbahagialah, aku benar mendoakan
moga yang baharu lebih berkat
moga kamu juga berikannya lebih perhatian
dan semoga dialah yang berakhir dengan ikatan.
Izinkan aku bersama yang baru
seperti biasa
sebelum aku kembali kepadamu.
mereka semua mengecewakan
Ingin aku menjerit
Mahu aku hebohkan pada semua
yang selama ini cinta aku
tidak bertepuk sebelah tangan
tapi apa gunanya
cinta aku sudah tiada lagi di dunia.
adik kamu jelaskan perasaan kamu kepadaku sewaktu aku melawat hari perkebumianmu kelmarin.
sengaja aku simpan semua rakaman suara kerna aku tahu itu semua akan merawat rindu.
sayang.
Jangan sesekali kau kutip si puisi daripada lembah kedukaan lalu kau mencampakkan dia kembali kedalamnya.
Kerana apa yang menyakiti kamu itu sungguh lebih menyakiti kami sedalamnya.
lullabies Jun 2018
Aku telah belajar banyak dari sunyi. Bagaimana menyimpan sendiri hal - hal yang orang lain susah mengerti. Kau boleh berfikir aku penuh teka teki, tetapi memang itulah satu - satunya cara agar ketika aku kecewa, aku tidak akan menyalahkan siapa - siapa.
dipersembahkan untuk diriku sendiri
Next page