Submit your work, meet writers and drop the ads. Become a member
Sajak-sajak ini bukan untuk memujuk kamu kembali
hanya sekadar aku habiskan sisa hati
memang aku menangis
memang aku meraung
tapi untuk kembali bersama kamu.. aku tak mahu.
terlalu ramai cinta yang aku jumpa
sehinggakan waktu aku berkarya
mereka tidak tahu aku menulis tentang siapa..
kau dia dia
I
suka benar aku pada sesuatu tempat
hingga aku berjanji akan datang semula
tapi kali itu dengan kamu.

II
aku bawa dia kesemua tempat yang aku mahu bawa kamu.

III
walaupun ketika dia bersama aku,
aku masih pikir betapa gembiranya kamu jika kamu ada bersama aku.
kamu suka benar matahari terbenam.
aku tidak jujur.
Ingin aku menjerit
Mahu aku hebohkan pada semua
yang selama ini cinta aku
tidak bertepuk sebelah tangan
tapi apa gunanya
cinta aku sudah tiada lagi di dunia.
adik kamu jelaskan perasaan kamu kepadaku sewaktu aku melawat hari perkebumianmu kelmarin.

— The End —