Luluh sudah tembok angkuh
Ranap di bawah doa yang tak pernah rapuh
Tangisan suci membelah langit
Menggugurkan doa dari bibir yang perit
Di tanah luka, darah berseru
Syahid tersenyum di pintu restu
Tangan kecil menggenggam batu
Berdiri teguh meski waktu membeku
Namun ingatlah, wahai dunia
Kezaliman takkan kekal selamanya
Hari akan tiba tembok bertaut
Bukan dengan rantai
Bukan dengan takut
Tapi dengan keadilan yang bangkit semula
Dengan azan yang nyaring di udara
Palestin takkan lagi tertindas
Kerana janji Tuhan itu jelas
Erennwrites
My 2nd poetry in Malay