berdiri aku di tengah sibuk pasar kelihatan ragam manusia -bermacam
ada yang berpaut berpegangan tangan aku tahu rasanya indah dan sentiasa selamat
di kedai kecil sana ada anak menangis meminta untuk dibelikan --umpama masalah dunia, paling besar tersenyum aku hai anak, andai kau tahu apa itu resah remaja dan getir si tua
pandangan aku terkunci pada yang keliru ditangan nya penuh dengan pilihan dan aku kenal rasa itu dimana cuma mahu yang sempurna sekali lagi aku tersenyum --mana mungkin ada yang cukup
keluh aku pada dunia pentas paling besar dan ramainya pemain pentas ini ada yang yakin dengan watak nya yang biasa sahaja juga ada
aku? aku cuma memerhati dan syukur kerana masih punya nikmat untuk rasa riuh pasar