Submit your work, meet writers and drop the ads. Become a member
tolong kirimkan salam aku pada dia
tanpa memberitahunya salam itu daripada aku
kalau dia meneka nama aku
maka beritahulah aku
tapi kalau dia sudah menyebut nama lain
makan diamlah,
aku akan faham.
siapa?
Ingin aku menjerit
Mahu aku hebohkan pada semua
yang selama ini cinta aku
tidak bertepuk sebelah tangan
tapi apa gunanya
cinta aku sudah tiada lagi di dunia.
adik kamu jelaskan perasaan kamu kepadaku sewaktu aku melawat hari perkebumianmu kelmarin.

— The End —