apa khabar?
kembali ke kotamu, apakah kau bahagia?
apa kau temu, sesat yang dahulu?
habiskah meneroka? mencari yang kau bilang ingin di cari
--?
dan,
dunia takkan pernah habis..
indah - indahnya awan hari ini akan menenggelamkan
sunyi sepi mu semalam tadi
dan
aku harap kan kau temu bahagia
apa kau cari, akan kau berhenti mengejar
kerana dunia takkan pernah habis
kau bakal lelah.
seperti kita, mencari alasan
bila - bila kita tidak setuju
tapi lupakah kau
kita sudah tertulis dan..
semoga kita setuju kelak
dan dalam menuju ke saat itu,
akan aku sering doakan mu
256pm // 2/7/20