Submit your work, meet writers and drop the ads. Become a member
Fara Mar 2013
dunia indah kerana impian,
impian ada kerana mimpi dan angan,
bukan paksaan dan bukan kekangan,
hanya kerana diri yang mahukan,

teruskan berjuang,
tempuh dunia dengan tenang,
yang diatas sudah merancang,
yang dibawah harus syukur dan terus berjalan,
it's a malay poem... got no translation but deep inside me, of course i understand and feel so great about it... it's about life..
Nêijî Nov 2018
Pesan pada hati,
jangan terlalu mengikut,
takut nanti cepat berubah.
Teruskan perjalanan yang separuh itu,
habiskan cerita walaupun lelah.
Mungkin di pengakhiran,
ada kebahagiaan yang menanti.
Datangnya ujian bukan satu bebanan,
tapi satu jalan menuju kejayaan.
Jika mampu, harunginya dengan jaya,
jika tidak, cukuplah sekadar menerima takdir seadanya.
Kau kawan, bantulah aku,
bukan merenung mencari salahku.
My first puisi in bahasa. Credit inspirasi to Ali's girlfriend.

— The End —