Submit your work, meet writers and drop the ads. Become a member
Nov 2014
setiap arah yang kita lalui itu adalah berbeza.
tiap kali takdir akan menemukan kita tanpa sedar.
pada satu saat itu.
bila kita berpaling antara satu sama lain.
kita akan bertentang mata.

setiap langkah yang menuju ke arah cinta itu.
tiap kali takdir akan menemukan kita tanpa sedar.
pada saat itu juga.
kita akan berjalan pada arah yang sama.
dan sekali lagi kita bertemu.

betapa takdir itu tidak bisa disangkal.
dan kita anggap cinta itu seperti jenaka.
kita tidak bisa menafikan hati kita berdua.
bolehkah kita mengisi jawapan bersama?
di tempat kosong iaitu hati kita berdua.
Orked Saerah
Written by
Orked Saerah  Melaka, Malaysia
(Melaka, Malaysia)   
1.3k
 
Please log in to view and add comments on poems