Submit your work, meet writers and drop the ads. Become a member
 
Gloria Apr 2015
YOU
I breath flowers
and sneeze cologne
Whenever I am with you.

And because of you
Things with him turned sour.

You are the flu
that caused me cold
but the blanket
that wrapped me around like a burrito.

Most of all,
you.
Are everything good and bad,
happy and sad,
sunny and rainy,
about me.
Gloria Mar 2015
It's absurd of how you wanted a friendship
out of our broken relationship.

What made you think that I'd like a friend like you?
Gloria Mar 2015
"Mudahnya buat janji, semudah ingkar janji"

Ke utara, selatan
kau ikut
kata kau, asal ada aku ada kau.

Ada waktu
naluri wanitaku meragui
setiap kata yang menari
di belahan mulutmu.

Namun
apalah daya kerak nasi
berlawan dengan air.

Dan saat aku
membuka seluas-luasnya pintu
kau jadi penghuni
setia
untuk sementara.

Sehingga tiba satu ketika
langkah kakimu dihayun
menapak keluar
dari ruang yang kau huni ini

Ingatlah
bukan aku yang menjemput kau
menghuni ruang ini
dan bukan aku juga lah
yang menghambat kau pergi.
Gloria Mar 2015
Anak gadis tunggal kau
Nyamuk pun kau tak biar dekat sama dia.

Tapi kau

pijak, henyak hati
tabur janji angkat kaki
palit lumpur paling likat
pada hidup
anak gadis orang lain.

Nampak benar
jadi bapa tu tak merubah apa-apa
kalau kau biar setan dalam diri
duduk tinggi atas takhta.
Gloria Mar 2015
Mata mana
yang tak akan bersinar
bila melihat cantik

Tapi mata jangan dibutakan
hati jangan digelapkan
dek kerana cantik

Kerana cantik itu
tak akan kekal

Kerana cantik itu
tak menyuap mulut yang lapar

Kerana cantik itu
tidak mesti baik
tidak mesti jujur
tidak mesti ikhlas

Tapi
mata mana yang tak akan bersinar
bila melihat cantik
Gloria Mar 2015
Setiap yang datang
pun aku rasa bagaikan yang terakhir
yang akan menjadi penutup
karangan pendek hidupku

Pasti aneh
rasa jika ketemu yang satu itu
kerana aku tak pernah kecap
rasa aneh itu
untuk kesemuanya
Gloria Mar 2015
Aku bilang 1, 2, 3
Kau cuma jawab dengan "ya"
Buntu aku pikir
Apa salah kiraan aku
Atau kau memang dingin begitu

Sekarang

Aku hafal sifir 3
Kau datang dan mula bilang 1, 2, 3
Next page