Submit your work, meet writers and drop the ads. Become a member
fatin May 2016
mana mungkin rindu aku terasa
jika diungkap dengan bait bahasa

sayang
dakaplah aku
rasakan rindu aku
kerna mana bisa ayat dan kata curah rasa ini
andai kau rasa perit dan pahit ini,
lepaskan lah.
biar aku bebas terokai dunia
tanpa rasa sekat dalam raga

aku penat
-menunggu sesuatu yang tidak pasti
dalam hal ini, adalah kamu

jalan yang dahulu kita lewati tengah malam kini kian sunyi
dulu, ada sahaja tawa kita kedengaran
entah
bukan aku tidak cuba untuk berhenti ada fikiran tentang kamu
tapi
bagai aku tersekat

sayang
andai kau rindu
andai kau rasa perit dan pahit ini
lepaskan lah aku

*agar aku bebas teroka dunia
annvelope Nov 2015
Aku suka kamu,
Dalam diam, sejak dulu lagi.
Aku terpikat dengan puisi kamu.
Tiap coretan indah kamu buat aku tersenyum.
Sungguh aku teringin bercakap dengan kamu,
Apakan daya rezeki belum nak ada,
Entah bila kita boleh berjumpa lagi.

Surat khabar sahaja yang buat aku rasa aku dekat dengan kamu,
Itu sudah cukup buat aku tersenyum, bahagia.

*Maaf,puisi tidak cukup hipster tapi ni saja yang ku mampu tulis untuk kamu sebab kamu suka puisi deep lahanat melayu.
fatin Oct 2017
berdiri aku di tengah sibuk pasar
kelihatan ragam manusia
-bermacam

ada yang berpaut
berpegangan tangan
aku tahu rasanya
indah dan sentiasa selamat

di kedai kecil sana ada anak menangis
meminta untuk dibelikan
--umpama masalah dunia, paling besar
tersenyum aku
hai anak, andai kau tahu apa itu resah remaja
dan getir si tua

pandangan aku terkunci pada yang keliru
ditangan nya penuh dengan pilihan
dan aku kenal rasa itu
dimana cuma mahu yang sempurna
sekali lagi aku tersenyum
--mana mungkin ada yang cukup

keluh aku pada dunia
pentas paling besar
dan ramainya pemain pentas ini
ada yang yakin dengan watak nya
yang biasa sahaja juga ada

aku?
aku cuma memerhati
dan syukur
kerana masih punya nikmat untuk rasa riuh pasar

-f 611am 3rd oct
JA Feb 2017
CINTA

Orang kata cinta itu buta

Yaa....

Memang buta...

Aku buta cinta kepada orang yang tak penah aku kenali tak penah aku impikan

Tapi....cinta itu datang dengan sendirinya...
aku sendiri celaru dan keliru mana datangnya cinta yang tak penah ku impikan ini........

Mana mungkin aku kenali dia?
Hanya penah mimpi walaupun sebentar
Walaupun hanya dengan melihatnya didalam alam maya

Buta apakah ini?
Cinta apakah ini?

Adakah ini datangnya sebentar atau berlarutan?

Andai sebentar aku syukur kerna tidak sakit utk rasa ini.......

Andainya berlarutan rasa ini? Bagaimana aku untuk hadapi.....oh Allah ku.. ku perlukan engkau

Sakit......

Sakit..........dada ini
Aku tak sanggup untuk rasa ini......

Aku tak sanggup untuk pedam rasa ini.....

Adakah engkau rasakan wahai orang yang ku cintai dalam diam?

Terlalu sakit untuk pedihnya jatuh cinta ini

Andai saja engkau tahu...mungkin kau akan cintai aku jua?

Pedam dan pedam

Hanya doa ku dari ilahi ku persembahkan rasa ini
Hanya ilahi ku sahaja tahu betapa pedihnya hati ini

Moga saja engkau akan jadi miliku seuatu hari nanti
Kekasih dalam diamku

- JA
Qadriah Oct 2013
nak sayang tiada daya

nak benci tiada guna

tapi

musuh itu jangan dicari

biar sahaja begini

senangkan hati masing-masing

senang
gadisunja Nov 2020
Aku bersaksi
tiada rindu selain Ibu
dan cerewetmu adalah bisikan kalbu.
untuk bunda yang sudah lelap tidur dipeluk hangat selimut
fatin Aug 2022
ah bagaimanalah aku bisa menulis tentangmu?
kerna tak ada bait kata bisa melukis senyummu
tak ada puisi indah dapat menceritakan bagaimana matamu bersinar cemerlang saat kau jatuh cinta,
dan tak ada tulisan yang bisa membuat tafsiran fikiranmu yang sesak.
kamu sempurna, aku sahaja yang biasa buat kamu.
.
.
malam itu kita sibuk berbahas soalan,
tapi...
tak kau habiskan cerita tentang kisah cintamu yang berakhir kejam,
tentang amarahmu terhadap ditaktor dan bencimu pada korupsi,
dan tentang bagaimana angin rindu entah dari siapa yang tak lagi menyapa pipimu...
"kamu cantik"
cara kau memutus obrolan kita,
"kamu pintar!" bilangku sebagai jawapan pada pujian itu
.
.
seperti kecewa dengan semesta yang tak pernah ramah denganmu
"dunia ini sibuk, ya? porak perandanya tak habis"
kau soalkan dunia kepada ku
seperti sengaja...
.
aku yang mentah soal dunia
dan kamu seolah tahu selok beloknya
fikiranmu kacau
banyak soalan tak berjawab
ada cerita yang tak kau bilang pada dunia
ada luka yang tak tersembuh dengan cinta
ada rindu yang tak disentuh
dan ada nama yang tak ingin kau sebut
riak muka mu aku tahu, kamu sedang tak aman
tapi kau temukan nyaman denganku
aku
yang sifatnya sementara
.
ah.. bagaimanalah aku bisa menulis tentangmu?
kamu terlalu bijaksana buat ku
kau bukan lawanku...
dan aku cuma ingin menyentuhmu
mengubat jiwamu..
ah.. bukan,
aku ingin merinduimu!
meski kita tak lagi pernah bertatap mata
.
.
.
semoga kita ketemu ya?
Alin M Oct 2020
Sayang,
Sungguh pun kamu tidak lagi wujud dalam duniaku,
Rasa sayang ini terhadap kamu tidak pernah pudar,
Rasa sayang ini tulus buat kamu,
Walaupun kamu akan menepisnya secara rasionalnya pemikiran kamu,

Sayang,
Kasih ini menanti saat mu disisi ini lagi,
Walaupun buat seketika sahaja,
Kerana kasih ini sangat merindui sahabatnya — iaitu kamu,
Yang sering mendampingi suatu masa dahulu,

Sayang,
Aku harap kamu baik-baik aja di sana,
Sungguh pun kehadiran ku dalam duniamu tidak diingini lagi,
Namun aku harap suatu hari nanti kasih ini dapat melewati kamu,
Demi menghadiahkan rindu yang telah lama disimpan buat kamu.

— The End —