"mahukan" poems
dunia indah kerana impian,
impian ada kerana mimpi dan angan,
bukan paksaan dan bukan kekangan,
hanya kerana diri yang mahukan,
teruskan berjuang,
tempuh dunia dengan tenang,
yang diatas sudah merancang,
yang dibawah harus syukur dan terus berjalan,
Mar 12, 2013
Mar 12, 2013 at 1:15 PM UTC
Terbuai kau tinggi diatas,
Mengidamkan hidup bersamaku,
Sedangkan hatiku telah lama berkecai di dalam sangkar jiwa.
Aku sendiri hidup tanpa ia,
Apa yang mampu aku tawarkan?
Aku ada senyum,
Aku ada kasih,
Tapi aku tiada apa yang kau mahukan.
Oct 6, 2020
Oct 6, 2020 at 10:04 AM UTC