"kerana" poems
*perempuan datang atas nama cinta,
bonda pergi kerana cinta.
digenangi air racun jingga adalah wajahmu,
seperti bulan lelap tidur di hatimu,
yang berdinding kelam dan kedinginan ada apa dengannya ?
meninggalkan hati untuk dicaci,
lalu sekali ini aku lihat karya surga,
dari mata seorang hawa ada apa dengan cinta ?
tapi aku pasti akan kembali dalam satu purnama,
untuk mempertanyakan kembali cintanya.
bukan untuknya bukan untuk siapa,
tapi untukku ,
karena aku ingin kamu,
itu saja*
rangga
Jun 9, 2013
Jun 9, 2013 at 4:48 AM UTC
berdiri aku di tengah sibuk pasar
kelihatan ragam manusia
-bermacam
ada yang berpaut
berpegangan tangan
aku tahu rasanya
indah dan sentiasa selamat
di kedai kecil sana ada anak menangis
meminta untuk dibelikan
--umpama masalah dunia, paling besar
tersenyum aku
hai anak, andai kau tahu apa itu resah remaja
dan getir si tua
pandangan aku terkunci pada yang keliru
ditangan nya penuh dengan pilihan
dan aku kenal rasa itu
dimana cuma mahu yang sempurna
sekali lagi aku tersenyum
--mana mungkin ada yang cukup
keluh aku pada dunia
pentas paling besar
dan ramainya pemain pentas ini
ada yang yakin dengan watak nya
yang biasa sahaja juga ada
aku?
aku cuma memerhati
dan syukur
kerana masih punya nikmat untuk rasa riuh pasar
-f 611am 3rd oct
Oct 2, 2017
Oct 2, 2017 at 8:21 PM UTC
Aku benci bila tutur bicara mu kurang jelas.
Aku lalu bagaikan Si Pungguk merayu malam melabuhkan tirai.
Putus asa rindukan purnama.
Kerana terkandung butir kecil harapan dalam setiap bait yang kau coretkan.
Yang telah kau utuskan.
Padaku.
Hening pagi pun tidak dinanti lagi.
Izinkan ku teroka awan di sana
Mungkin sayapku bukan untuk langit ini
Mungkin persinggahanku bukan di lembah ini
Jangan bimbang duhai cinta
Senja berlabuh, aku sudah tiada.
Oct 11, 2013
Oct 11, 2013 at 8:52 AM UTC
Seorang Part I
Baru-baru ini aku merasakan yang hidup ini tidak lagi bermakna buat aku. Di mana aku rasa kosong setiap kali nak memulakan sesuatu. Bagaikan terputus tali layang-layang yang asyik ditiup angin di langit biru itu. Aku cuba dan terus mencuba untuk memahami setiap apa yang berlaku di sekeliling aku. Akhirnya aku masih di situ dan terbelenggu keseorangan tanpa sesiapa pun sedar aku di mana. Tidak ada tangan yang mahu menolong aku apatah lagi bahu untuk ku sandarkan tiap kali aku mencurahkan air mata. Aku keseorangan.
Seorang Part II
Aku masih diam di situ kaku. Sejenak aku terdetik untuk mendongak ke langit. Tika itu kelihatan malam pekat dihiasi dengan bintang-bintang berkerlipan penuh gemerlapan dan juga bulan yang terang memukau aku seketika. Waktu itu aku masih ingin menangis lagi kerana aku lupa pada Yang Maha Mendengar Yang Maha Melihat Yang Maha Mengasihi. Aku alpa kerna selama ini aku melupakan Yang Maha Berkuasa. Aku merasakan kerdil waktu itu dan pada saat itu juga aku merasakan aku dibius semangat baru.
Seorang Part III
...........................................................................................
Nov 28, 2014
Nov 28, 2014 at 2:57 PM UTC
hembus aku nafas kelelahan
membaca bait cinta yg ditulis para muda
masing-masing melempar rasa
namun siapalah aku
mengatakan tidak pada rasa indah itu?
resah kamu mungkin tenang untuk aku
tatkala dunia goncang berebut harta
aku disini masih keliru tentang rasa
kemudiannya, aku melihat lirik mata anak muda yang sedang bebas teroka dunia
indah dan segar matanya
bersinar umpama harapan cerah sentiasa menanti mereka
sempat aku pesan anak muda,
teruslah berjuang demi rasamu
sematkan cinta kepada setiapnya
agar mudah kita kemudian hari kelak
kerana aku pasti
cinta yang tumbuh itu akan bersemi
dan terus ramai...
hingga satu hari, kan seluruh dunia tersenyum.
maka, teruslah.
teruslah...menulis..
944pm
oct 2nd 17
Oct 2, 2017
Oct 2, 2017 at 9:49 AM UTC
Mata mana
yang tak akan bersinar
bila melihat cantik
Tapi mata jangan dibutakan
hati jangan digelapkan
dek kerana cantik
Kerana cantik itu
tak akan kekal
Kerana cantik itu
tak menyuap mulut yang lapar
Kerana cantik itu
tidak mesti baik
tidak mesti jujur
tidak mesti ikhlas
Tapi
mata mana yang tak akan bersinar
bila melihat cantik
Mar 25, 2015
Mar 25, 2015 at 12:16 PM UTC
dunia indah kerana impian,
impian ada kerana mimpi dan angan,
bukan paksaan dan bukan kekangan,
hanya kerana diri yang mahukan,
teruskan berjuang,
tempuh dunia dengan tenang,
yang diatas sudah merancang,
yang dibawah harus syukur dan terus berjalan,
Mar 12, 2013
Mar 12, 2013 at 1:15 PM UTC
kadang-kadang tensi
kerana aku ada
tiga puluh tiga
sebab menyayangi engkau.
susah nak lupa.
tapi nasib baik
akhirnya aku jumpa
tiga puluh empat
sebab untuk berhenti.
tapi bukan membenci.
Oct 11, 2013
Oct 11, 2013 at 8:26 AM UTC
Setiap yang datang
pun aku rasa bagaikan yang terakhir
yang akan menjadi penutup
karangan pendek hidupku
Pasti aneh
rasa jika ketemu yang satu itu
kerana aku tak pernah kecap
rasa aneh itu
untuk kesemuanya
Mar 25, 2015
Mar 25, 2015 at 11:29 AM UTC
merah jambu bukan lagi warnaku
meski masih ada putih
hitam juga yang aku pilih
7 tahun telah aku rasakan mati
cukup tiga, mungkin jiwaku tiada lagi baki
sering ku ingin pulang
bertinta di atas muka surat yang sama
tiap kali itu juga lemas aku berperang
tenat kepalaku melawan apa yang di minda
rapat aku tutup mata yang segar
mendambakan saat ia terbuka
sepi di dalam penuh di luar
melakar noktah di sudut sengsara
kerana begitu aku rindu
waktu diriku dihiasai merah jambu.
May 3, 2020
May 3, 2020 at 2:31 PM UTC
Sayang,
Sungguh pun kamu tidak lagi wujud dalam duniaku,
Rasa sayang ini terhadap kamu tidak pernah pudar,
Rasa sayang ini tulus buat kamu,
Walaupun kamu akan menepisnya secara rasionalnya pemikiran kamu,
Sayang,
Kasih ini menanti saat mu disisi ini lagi,
Walaupun buat seketika sahaja,
Kerana kasih ini sangat merindui sahabatnya — iaitu kamu,
Yang sering mendampingi suatu masa dahulu,
Sayang,
Aku harap kamu baik-baik aja di sana,
Sungguh pun kehadiran ku dalam duniamu tidak diingini lagi,
Namun aku harap suatu hari nanti kasih ini dapat melewati kamu,
Demi menghadiahkan rindu yang telah lama disimpan buat kamu.
Oct 30, 2020
Oct 30, 2020 at 9:20 PM UTC
Sekiranya sayang itu objektif,
Sudah tentu pilihannya itu kamu,
Namun sayang itu subjektif,
Dimana aku tidak perlu memilih,
Kerana dalam diam,
Diri ini sudah menyayangi kamu.
Nov 1, 2020
Nov 1, 2020 at 6:01 PM UTC