Hello Poetry
Submit your work and get some sparkles! Create free account
#melayu
~a letter for you Kita, Dari daerah melangsir ke kota Dari kota berbalik ke daerah Dan takkan dapat lagi ke kota Lain sebab apa, lain sebab kenapa Kendatipun impresi memberontak kita Kota, Kita ingat tentang kota Kota takkan ingat kita Sebab kita tak miliki tahta Lain sebab apa, lain sebab kenapa Apa daya reminisensi meronta Kota, Kita ingat tentang kota Kawanan sutet di kota kita Menari menawan menara kota Dekorasi dari kita, gradasi ufuk dunia Persuasi para penguasa kota Prasasti Suwarnadwipa, pula Visualisasi ragam abiotik Tuhan Yang Esa Kota, Kita ingat tentang kota Hamparan ladang pabrik di kota Riasan pipa asap terus-menerus menyala, gradasi ufuk dunia Luas menggugah animo di daerah Meski honorarium tak seberapa Kita duga cukup tuk besar di kota Manalagi di daerah Kita, Telah lama tak singgah pada kota Lain sebab apa, lain sebab kenapa Kota kita indah katanya Kota, bilamana kita berjumpa pula? Kita takkan abaikan memori tentang kota Lain sebab apa, lain sebab kenapa Kota kita indah katanya Kota, bilamana kita berjumpa pula? Dari pengagummu di daerah Tuk segenap kenangan kota yang hampa.
0
May 14, 2020
May 14, 2020 at 10:40 AM UTC
KOTA KITA
kita bertemu dikala petang dua jari saling bersilang aku minta izin bertualang kau beri restu penuh sayang dengan itu ku bertualang tak peduli akan halang rintang semua halang aku terjang dan diujung senja aku menang wajah penat berganti riang sang aku menjadi sang petualang semua halang kan ku kenang untuk diceritakan kepada sang sayang sebelum sang senja hilang kupenuhi janji untuk pulang dan dikalau aku datang aku disambut sang mata berlinang
0
Mar 2, 2019
Mar 2, 2019 at 12:49 AM UTC
MAMA
terus tenggelam dalam kisah silam kekal bertentangan dengan kisah hadapan sudah menjadi resam penuh dengan harapan pencarian berterusan mencari perlindungan apakah erti pendewasaan apakah erti kemerdekaan satu batang tubuh katanya penentu jaya atau buntu kekal tunduk patuh menjarah sesuatu diam membatu.
0
Sep 13, 2018
Sep 13, 2018 at 7:28 PM UTC
Konfrontasi dalam Meditasi
bahawasanya semua binasa angkara nafsu tinggal sisa-sisa hayat angkasa dan masa semakin jauh meninggalkan manusia dengan angka dengan strata hikayat termaktub bermaharajalela.
0
Sep 13, 2018
Sep 13, 2018 at 7:24 PM UTC
Bintang Gering di Lautan
Kenapa harus kita berlari dari kenyataan Kenyataan itu melegakan Kenyataan itu mendewasakan Kenyataan itu memaknakan Ayuh ke sini kenyataan, kuhidangkanmu persoalan.
0
Sep 10, 2018
Sep 10, 2018 at 3:39 AM UTC
Filsafat Sang Pencari
setiap kota takkan kekal abadi dan yang ada di dalamnya hanyalah penghuni yang kekal selamanya ditemani isi-isi yang tak berisi tiada puisi, tiada seni tanpa arah tanpa erti yang ada hanyalah imbalan dan keuntungan yang berpuing di udara kota yang berlegar di pengairan kota segalanya terasa muram apa bezanya hidup di dalam lohong hitam?
0
Sep 9, 2018
Sep 9, 2018 at 10:49 PM UTC
Balada Indah Terpencil
Pengenalan itu satu pengajaran pemastautin dalam satu perubahan tanpa pengenalan segalanya tak berpermulaan.
0
Sep 9, 2018
Sep 9, 2018 at 10:48 PM UTC
Pengenalan
[Untukmu di Langkawi, 26 Jun 2018] Beratus-ratus retakan kaca tidakkan pernah imbang neraca betapa berat hatiku menunggu detik-detik tak berpenghujung beribu-ribu detakan hati takkan pernah akan ku lari biar Bukowski dengan kebuntuan biar Rimbaud dengan ketidaktentuan akan hanya ada dirimu dalam laci yang penuh dengan kepastian. Berbatu-batu kau ke utara begitulah rasa ini terawang-awang di udara.
0
Jun 27, 2018
Jun 27, 2018 at 7:21 AM UTC
Penuh Kepastian
Apa yang ku mahu Hanya ku yang tahu Biar ada datang membelenggu Akan datang angin menyatu Lari,lari pergi saja diriku Jauh ke puncak aku tetap berlalu Aku jiwa lama termangu Bosan, letih jadi diriku Kerna ada saja yang rasa tahu Lebih dari rohku. 16 April 2012
0
Jun 26, 2018
Jun 26, 2018 at 2:54 AM UTC
Mahuku
Kehidupan tak menjanjikan harapan; Kematian tak menjanjikan penyelesaian.
0
Jun 20, 2018
Jun 20, 2018 at 9:04 PM UTC
Antara Hidup/Mati
berdiri aku di tengah sibuk pasar kelihatan ragam manusia -bermacam ada yang berpaut berpegangan tangan aku tahu rasanya indah dan sentiasa selamat di kedai kecil sana ada anak menangis meminta untuk dibelikan --umpama masalah dunia, paling besar tersenyum aku hai anak, andai kau tahu apa itu resah remaja dan getir si tua pandangan aku terkunci pada yang keliru ditangan nya penuh dengan pilihan dan aku kenal rasa itu dimana cuma mahu yang sempurna sekali lagi aku tersenyum --mana mungkin ada yang cukup keluh aku pada dunia pentas paling besar dan ramainya pemain pentas ini ada yang yakin dengan watak nya yang biasa sahaja juga ada aku? aku cuma memerhati dan syukur kerana masih punya nikmat untuk rasa riuh pasar -f 611am 3rd oct
0
Oct 2, 2017
Oct 2, 2017 at 8:21 PM UTC
bising dan riuh
melihat matamu kerap kau basahi bibir pipi kamu kemerahan tatkala aku sahut namamu redup hari itu tenang kamu kelihatan indah, indah seperti hari biasa cuma hari ini aku rasa lain hati aku berbisik tangan lembut ini yang menyamankan yang sentiasa ada tatkala aku gusar gelisah aku tentang kamu cuma satu --andai aku tidak layak untuk kamu tanpa segan perlahan kau dekati aku sambil itu kau belai tangan aku, seperti meletak harapan "--aku tahu, fikiran kamu dalam tentang aku. namun sayang ingatan kamu tentang aku adalah salah. apalah rasa ini, andai tiada yang ikhlas untuk memegangnya? telah aku pilih kamu untuk jadi ratu maka, jangan kau gentar pimpin aku akan selalu tanganmu" dia itu adalah bijaksana sentiasa tahu dan selalu tahu resah aku yang tiada habis lalu Tuhan pinta aku mahu dia sentiasa selamat -f 1048pm oct 2nd
0
Oct 2, 2017
Oct 2, 2017 at 10:48 AM UTC
Untitled
menangis dan berontak jiwa muda melawan prejudis dan komunis minda anak kecil pula dijajah katanya ini untuk masa depan namun mereka lupa dan sentiasa lupa dunia ini sifatnya selamanya sementara diktator terus tersenyum korupsi negeri negeri menjadi bukti mereka kuasa besar kapal empayar tidak lagi membawa selamat malah --membawa mangsa untuk segala seterusnya rakyat pula umpama anak kecil terumbang ambing dan terus merengek gaduh rebutkan yang tak pasti cuma ada beberapa yang berani, kan kedengaran suaranya lalu mereka itu dibunuh agar senyap agar tiada masalah ditelinga kelihatan belia itu duduk menongkat dagu keluh resah dan bimbangnya kedengaran berat nafasnya --lalu berapa lama lagi? tanda soal yang tidak berjawab di minda nya umpama terdampar di laut dengan pelampung menanti untuk diselamat tapi masih tak pasti. seru untuk semua yang ada; yang masih berkudrat yang masih waras akalnya --lalu berapa lama lagi? -f 1029pm oct 2nd
0
Oct 2, 2017
Oct 2, 2017 at 10:20 AM UTC
dunia
melihat kamu meluru laju dan melambai biarpun jauh, hatimu aku baca lantas aku bilang maaf pantas dan cepat aku meluah jelas setiap rasa aku khabarkan sayangku, hakikat dunia tiada siapa mahu sunyi namun aku harus gagahi jua rasa ini andai ada hari kita tidak bersua seperti ini lagi dalam tidur aku sentiasa ku rasa dakapmu dan dalam setiap hariku, sentiasa indah dengan wujud imaginasi aku tentang kamu sayang, bukan kah amaran dunia pada kita sudah jelas? tentang rindu yang tak bersahutan cerita perasan yang sentiasa dan selamanya tak pasti dan sentiasa aku pinta kamu untuk terus percaya aku lalu lembut tanganmu menyapa aku meminta aku berhenti entah kenapa dalam diam dan biacaraku berhenti aku rasa nyaman dalam dakapmu mungkin ada pekara yang patutnya aku diamkan --mungkin ragu aku adalah sama resah hatinya mungkin. ? -f 1030pm oct 2nd
0
Oct 2, 2017
Oct 2, 2017 at 10:08 AM UTC
keliru
hembus aku nafas kelelahan membaca bait cinta yg ditulis para muda masing-masing melempar rasa namun siapalah aku mengatakan tidak pada rasa indah itu? resah kamu mungkin tenang untuk aku tatkala dunia goncang berebut harta aku disini masih keliru tentang rasa kemudiannya, aku melihat lirik mata anak muda yang sedang bebas teroka dunia indah dan segar matanya bersinar umpama harapan cerah sentiasa menanti mereka sempat aku pesan anak muda, teruslah berjuang demi rasamu sematkan cinta kepada setiapnya agar mudah kita kemudian hari kelak kerana aku pasti cinta yang tumbuh itu akan bersemi dan terus ramai... hingga satu hari, kan seluruh dunia tersenyum. maka, teruslah. teruslah...menulis.. 944pm oct 2nd 17
0
Oct 2, 2017
Oct 2, 2017 at 9:49 AM UTC
Kepada setiap hati
mana mungkin rindu aku terasa jika diungkap dengan bait bahasa sayang dakaplah aku rasakan rindu aku kerna mana bisa ayat dan kata curah rasa ini andai kau rasa perit dan pahit ini, lepaskan lah. biar aku bebas terokai dunia tanpa rasa sekat dalam raga aku penat -menunggu sesuatu yang tidak pasti dalam hal ini, adalah kamu jalan yang dahulu kita lewati tengah malam kini kian sunyi dulu, ada sahaja tawa kita kedengaran entah bukan aku tidak cuba untuk berhenti ada fikiran tentang kamu tapi bagai aku tersekat sayang andai kau rindu andai kau rasa perit dan pahit ini lepaskan lah aku agar aku bebas teroka dunia
0
May 10, 2016
May 10, 2016 at 10:12 AM UTC
ada apa pada rindu pt2
Aku tak pernah anggap kau penting tau, langsung tak pernah. Balik-balik muka kau, Balik-balik muka kau, Pastu satu hari kau takde, Aku mula cari kau. Tiba-tiba kau jadi penting, Sampaikan tertoleh-toleh kiri kanan cari kau. Pastu tengok kau, Dekat belakang tembok pandang aku, Senyum. Celakanya, Berdegup jantung aku.
0
Mar 3, 2015
Mar 3, 2015 at 11:51 AM UTC
Kepada Kau Yang Tak Penting