Hello Poetry
Submit your work and get some sparkles! Create free account
#damai
jika pada akhirnya, kita semua mengerti jika pada akhirnya, kita semua tidak saling menghakimi jika pada akhirnya, kita semua berdamai mungkin, kemanusiaan takkan hilang nilainya martabat semakin dijunjung peradaban tidak pernah mati
0
Jul 25, 2019
Jul 25, 2019 at 3:08 AM UTC
adab
berdiri aku di tengah sibuk pasar kelihatan ragam manusia -bermacam ada yang berpaut berpegangan tangan aku tahu rasanya indah dan sentiasa selamat di kedai kecil sana ada anak menangis meminta untuk dibelikan --umpama masalah dunia, paling besar tersenyum aku hai anak, andai kau tahu apa itu resah remaja dan getir si tua pandangan aku terkunci pada yang keliru ditangan nya penuh dengan pilihan dan aku kenal rasa itu dimana cuma mahu yang sempurna sekali lagi aku tersenyum --mana mungkin ada yang cukup keluh aku pada dunia pentas paling besar dan ramainya pemain pentas ini ada yang yakin dengan watak nya yang biasa sahaja juga ada aku? aku cuma memerhati dan syukur kerana masih punya nikmat untuk rasa riuh pasar -f 611am 3rd oct
0
Oct 2, 2017
Oct 2, 2017 at 8:21 PM UTC
bising dan riuh
menangis dan berontak jiwa muda melawan prejudis dan komunis minda anak kecil pula dijajah katanya ini untuk masa depan namun mereka lupa dan sentiasa lupa dunia ini sifatnya selamanya sementara diktator terus tersenyum korupsi negeri negeri menjadi bukti mereka kuasa besar kapal empayar tidak lagi membawa selamat malah --membawa mangsa untuk segala seterusnya rakyat pula umpama anak kecil terumbang ambing dan terus merengek gaduh rebutkan yang tak pasti cuma ada beberapa yang berani, kan kedengaran suaranya lalu mereka itu dibunuh agar senyap agar tiada masalah ditelinga kelihatan belia itu duduk menongkat dagu keluh resah dan bimbangnya kedengaran berat nafasnya --lalu berapa lama lagi? tanda soal yang tidak berjawab di minda nya umpama terdampar di laut dengan pelampung menanti untuk diselamat tapi masih tak pasti. seru untuk semua yang ada; yang masih berkudrat yang masih waras akalnya --lalu berapa lama lagi? -f 1029pm oct 2nd
0
Oct 2, 2017
Oct 2, 2017 at 10:20 AM UTC
dunia
Eight months limp in a guilty repose, Waking with no intent. Clouds eclipse the routine rooms, Societies dynamic continues directionless I spin dizzily within it, Cycle on high. my eyes hold their listless weight. But here ends the night, intermittent, Cease the unconscious days! Sun soon glazes the archaic temples, February becomes July.
0
Mar 19, 2015
Mar 19, 2015 at 9:03 PM UTC
Damai (Prologue)