Submit your work, meet writers and drop the ads. Become a member
tempat aku bukan di atas pentas
cuma disebalik tirai

semua rangkap ini tidak patut dipersembahkan
hanya bagi menemani mereka yang senasib

tidak, ini bukan bakat
tapi coretan perasaan

peluang bukan tidak mahu aku rebut
cumanya tidak mahu nama terkotor

engkau tidak tahu lagi untuk siapa aku mulakan puisi
cukuplah nama dihina sekali
- walaupun cinta aku suci
tidak pernah aku dapat
surat tulisan tangan yang ditulis ikhlas

tidak pernah aku rasa
indah beriringan di tepi pantai

tidak pernah aku lalui
hubungan manis yang lebihnya dari sebulan

yang aku dapat itu
pesanan ringkas pagi dan malam
itu juga hanya sebulan awalnya

yang aku dapat itu
berjalan bertepian di kaki lima
itu juga jika tiada mata yang peka

yang aku dapat itu
hubungan yang sederhana
itu juga aku ditinggalkan dek kurangnya rupa

hey gadis gadis beruntung
ceritakanlah kepada aku
tentang indahnya dicintai dengan sepenuh hati
sungguh aku juga mahu merasakannya nanti.
sungguh aku tidak pernah merasakan itu.

— The End —